Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Manfaat Kayu Kokka Untuk Segala Jenis Penyakit

Pokok Kokka banyak tumbuh di dalam hutan terutamanya di negara-negara Arab, Turki, Nigeria, Iran, Mesir dan Afghanistan.
Sahabat muslim sejati kayu Kokka ini pernah dipergunakan sebagai tongkat Nabi Musa, as. Dan jenis kayu Kokka juga dipergunakan untuk membuat bahtera Nabi Nuh as.
Asal-usul
Kayu Kokka merupakan tanaman hutan berupa semak dan bersifat tahunan (perenial) yang tersebar di seluruh daerah tropika. Tanaman Kokka tumbuh subur dan liar di sekitar hutan/bekas kebun. Ia banyak tumbuh di negara-negara Arab, ada juga yang mengatakan bahawa Kokka berasal dari India.
Pada Tahun 77-78 SM, Dioscorides menyebut tanaman ini sebagai Cyperys, menyerupai kemenyan, pahit, kelat dan sedikti pedas tetapi tidak beracun. Tanaman ini banyak ditemui di Asia Selatan khususnya di India, Iran, Nigeria dan Mesir. Pokok Kokka tumbuh bercabang dengan tinggi antara 1-10 meter. Batangnya merupakan batang semu, tegak, bulat, berwarna cokelat memanjang hingha 10-40 sentimeter dan lebarnya 8-12 sentimeter.

Manfaat dan Khasiat

Kayu Kokka banyak digunakan sebagai ramuan jamu kerana berkhasiat menyejuk, membersih, mengering, menghilangkan gatal dan menyembuhkan Strok. Kayunya yang keras kerap digunakan untuk dijadikan dinding dan daunnya direbus untuk menghancurkan lemak dan mengurangkan kolesterol.

Manfaat utama kayu Kokka ialah sebagai bahan obat tradisional, bahan industri jamu dan kosmetik, bahan perasa masakan, peternakan dan sebagainya. Di dalam masyarakat Arab, kayu Kokka dipercayai mengandungi khasiat yang tinggi dalam menyembuhkan penyakit seperti sakit gigi, sakit kepala, demam, keracunan, sakit kuing, lemah tenaga batin, bisulm patah tulang, penyakit gila, dan gangguan jin.